wordpress-seo
domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init
action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/mudahny1/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114ZAKI ZAINAL merupakan Pengasas Modul Menerajui Komunikasi Alam Remaja (MEKAR) dan Perunding Utama MPS Academy & Consultancy. Anak muda ini dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Keru Hulu, Tampin, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di SK Keru Tampin, Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya dan kemudian melanjutkan pelajaran di UiTM Lendu, Alor Gajah dan UiTM Rembau dalam Diploma Komunikasi dan Pengajian Media. Berbekalkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dengan segala usaha yang jitu beliau berjaya menjadi salah seorang graduan terbaik dengan mendapat Anugerah Naib Canselor.
Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam bagi Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Komunikasi Antarapersonal. Di samping melanjutkan pengajian, beliau juga sering bergiat aktif sebagai “host, emcee, emcee energizer, fasilitator, trainer jemputan bagi pelbagai program mahupun acara dari tahun 2012. Beliau juga merupakan Certified Neuro Linguistic Programming, Malaysian Board of NLP Professionals Practitioner (C.NLP, MBNLP, MAS), Certified Body Language Facilitator (CBLF) Course dan Certified Body Language Facilitator (CBLF) Course (Deception Detection).
Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam bagi Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Komunikasi Antarapersonal. Di samping melanjutkan pengajian, beliau juga sering bergiat aktif sebagai “host, emcee, emcee energizer, fasilitator, trainer jemputan bagi pelbagai program mahupun acara dari tahun 2012. Beliau juga merupakan Certified Neuro Linguistic Programming, Malaysian Board of NLP Professionals Practitioner (C.NLP, MBNLP, MAS), Certified Body Language Facilitator (CBLF) Course dan Certified Body Language Facilitator (CBLF) Course (Deception Detection).
Minat yang mendalam dalam bidang latihan dan dunia pengacaraan membuatkan beliau meneruskan kerjaya sebagai Professional Trainer dan Professional Emcee setelah ditauliahkan sebagai C.NLP, MBNLP, MAS dan CBLF serta menjalani pelbagai latihan kendiri buat membangunkan potensi Bersama-sama dengan figura-figura terkenal Malaysia seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Pengacara Nombor 1 Asia, Cikgu Shafi, Guru Vokal Terkenal Malaysia, Dr Tengku Asmadi, Pengasas Seminar Motivasi Alihan Pelajar (MAP) dan lain-lain. Kerjaya sepenuh masa beliau sekarang ini adalah pengacara majlis atau lebih dikenali sebagai “emcee” untuk pelbagai acara. Namun fokus utama beliau adalah lebih kepada acara mahupun seminar yang berskala besar, berimpak tinggi dan bertenaga luar biasa.
Beliau juga menjalankan pelbagai “personal coaching and training” berkaitan pelbagai bidang seperti Communication Skills, Event Management, Script Writing, Public Relation Skills, Interpersonal Communication Skills dan pelbagai lagi. Beliau merupakan Panel Motivator Utama di Radio RTM Negeri Sembilan (Negeri FM) bagi sesi berkongsi tentang ilmu dan teknik komunikasi,motivasi, keyakinan diri serta potensi diri dan lain-lain . Pengalaman dalam mengendalikan lebih daripada 500 buah acara anjuran syarikat koprat, jabatan kerajaan, NGO, IPTA/IPTS, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia melibatkan lebih 50,000 orang audiens pernah bersama-sama Zaki Zainal.
"KEMENANGAN tak semestinya bermaksud anda BERJAYA MENEWASKAN SAINGAN. Adakalanya ia juga bermaksud anda BERJAYA MELAKUKAN YANG LEBIH BAIK daripada apa yang anda PERNAH LAKUKAN."
– Muhammad Zaki Bin Zainal Abidin
Pengasas Menerajui Komunikasi Alam Remaja (MEKAR) & Professionl Emcee & Energizer Exsclusively for Seminar & Workshop
Zaki Zainal kini adalah salah seorang penulis buku dari Blink Book Sdn Bhd yang diasaskan oleh Novelis Terkenal Ain Maisarah.